Syekh
AbulHassan ‘Ali Al-Kharqani Q.S.
Perjalanannya Beliau menerima Tarbiyah Suluk dari Ruhaniah Syeikh Abu
Yazid Al-Bistami karana kelahiran Syeikh AbulHassan ‘Ali Al-Kharqani adalah
hampir setengah abad sesudah meninggalnya Syeikh Abu Yazid Al-Bistami . Pada
setiap tahun sekali telah menjadi kebiasaan bagi Syeikh Abu Yazid Al-Bistami
untuk pergi menziarahi Kubur Para Auliya dan orangorang yang mati Syahid di
Daghistan. Ketika beliau tiba di Kharqan, beliau menarik nafas panjang
seolah-olah menghirup bau bunga yang wangi.Ketika Syeikh Abu Yazid Al-Bistami
ditanya oleh murid-murid beliau apakah yang dihirupnya dan dari manakah
datangnya bau wangi itu? Beliau menjawab, “Bahwa akan datang di bandar ini
kelahiran seorang hamba Allah yang mendapat keharuman dari Allah Ta’ala bernama
‘Ali dan nama Kuniyatnya adalah Abul Hassan yang peringkat Keruhaniannya akan
lebih tinggi dariku tiga kali ganda dan dia akan menghabiskan hayatnya dengan
keluarganya dan bertani. Dia akan lahir seratus tahun sesudahku.”Setelah
beberapa tahun kemudian Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani pun lahir.Setelah
sampai usianya dua puluh tahun, setiap hari dia pergi mengunjungi Maqam Syeikh
Abu Yazid Al-Bistami setelah menunaikan Solat.Di Maqam Kubur Syeikh Abu Yazid
Al-Bistami beliau berdoa, “Ya Allah, kurniakanlah kepadaku sebahagian daripada
Keruhanian yang Engkau beri kepada Abu Yazid.” Setelah dua belas tahun beliau
berbuat demikian,maka pada suatu hari semasa pulang dari Maqam itu, beliau
merdengar satu suara dari Maqam itu berkata, “Abul Hassan, semua Keruhanianku
adalah hadiahmu kepaaku.” Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani menjawab, “Tuan,
saya lahir tiga puluh sembilan tahun Setelah tuan, bagaimana saya menghadiahkan
Keruhanian saya kepada tuan?” Suara itu berkata lagi,“Aku telah terhalang dalam
perjalanan Keruhanianku, maka aku berdoa kepada Allah meminta halangan itu
dibuang. aku merdengar suara Ketuhanan berkata, “Berdoalah kepada Nur yang akan
meliputi kamu apabila kamu melawat Kharqan kali ini.” Saat aku sampai di
Kharqan, aku benar-benar bertemu dengan nur itu yang meliputi dari bumi sampai
ke langit. aku berdoa kepadaNya seperti disuruh oleh Allah, maka dari semenjak
itu terhapuslah halangan itu.”Ketika Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani pulang
setelah peristiwa itu, beliau terasa mendapat kurnia dalam dirinya. Beliau
dapat menghabiskan bacaan Al-Quran dalam dua puluh empat jam, padahal beliau
tidak bisa membaca sebelum peristiwa itu. Beliau merupakan seorang Syeikh yang agung
dan menerima kedudukan yang terpuji di kalangan sekelian Para Auliya pada
zamannya.Syeikh Abu Sa’id, seorang Ahli Sufi yang masyhur pada ketika itu
pernah menziarahinya dan mereka telah banyak bermuzakarah antara satu sama lain
tentang berbagai masalah.Pada suatu ketika sedang mereka berbicara karena keadaan
dzauq, Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani telah memeluk Syeikh SyeikhAbu Sa’id
. Setelah kembali ke tempatnya,Syeikh Syeikh Abu Sa’id telah menghabiskan masa
malam itu dengan bertafakkur, sambil duduk melutut dan juga dia menjerit dalam
keadaan mabuknya. Pada keesokan harinya, Syeikh Syeikh Abu Sa’id menemui Syeikh
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan meminta supaya beliau mengambil balik percikan
cahaya Keruhanian yang tersinar dalam dirinya itu akibat pelukan Syeikh Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani karana katanya, beliau masih belum mencapai maqam
seperti yang dicapai oleh Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan beliau tidak
tahan dengan keadaan yang terlalu tinggi itu. Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
pun memeluk beliau sekali lagi dan kembalilah Syeikh Syeikh Abu Sa’id
sepertimana biasa. Ketika Syeikh Syeikh Abu Sa’id hendak pergi, beliau telah
berkata kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani ,aku memilih kamu untuk
menjadi Khalifahku.”Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani lalu memberitahu Syeikh
Abu Sa’id seperti berikut, “aku akan jadikan kamu seorang yang tinggi karena
Allah telah mengurniakan kamu kepaaku setelah aku berdoa kepadaNya memohon Dia
memberi kepaaku seorang sahabat yang dapat aku berbincang tentang hal-hal
Keruhanian dengannya. Syukurlah, Allah telah mengkabulkan permohonan itu .” Syeikh
‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih meriwayatkan bahwa beliau
mendengar dari Syeikh Hassan Mu’addib yang merupakan seorang juru khidmat bagi
Syeikh Syeikh Abu Sa’id bahwa apabila Syeikh Syeikh Abu Sa’id datang
menghadirkan diri disamping Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani, dia tidak akan
mengucapkan sebarang perkataan tetapi hanya mendengar dan hanya akan menjawab
dengan apa yang telah diucapkan oleh Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani . Syeikh
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani telah bertanya kepada Syeikh Abu Sa’id ,
mengapakah beliau sentiasa mendiamkan diri? Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah‘alaih menjawab,“Seorang penerjemah
adalah mencukupi untuk satu judul.” Syeikh ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri
Rahmatullah ‘alaih juga telah meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Syeikh
Abul-Qasim Qusyairi berkata, “Apabila aku tiba di Kharqan, kelancaranku mulai
keluar dan aku tidak lagi memiliki daya dan upaya untuk menerangkan keadaan
diriku di sebabkan amalan yang telah diberikan oleh pembimbing Keruhanian, dan
aku menyangka bahawa aku telah dilucutkan dariKewalianku.”
KERAMAT
KEBESARANNYA DANKEBESARAN KERAMATNYA
Pada suatu hari, Syeikh Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani menggali tanah di rumahnya. Tiba-tiba uang perak
keluar. Ditutupnya tempat itu. Digali pula di tempat lain dan di situ keluar
pula emas. Ditutupnya lubang itu juga. Pada kali ketiganya keluar pula
intan.Lubang itu juga ditutupnya. Digalinya di tempat yang keempat, maka keluar
pula berlian. Itu pun ditutupnya.Kemudian Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
berdoa, “Ya Allah, walaupun aku dapat seluruh harta Dunia ini dan harta di
Akhirat kelak, namun tidak akan aku tukarkan dengan wajahMu.”Pada suatu hari,
seorang Sufi duduk di samping Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-harqani sambil
menunjukkan keramatnya dengan mengeluarkan seekor ikan hidup dari seember air
yang diletakkan di hadapan Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani . Syeikh
AbulHassan ‘Ali Al-Kharqani meletakkan tangannya dalam api dapur yang menyala
di hadapannya dan mengeluarkan ikan hidup dari dalam api itu. Kemudian, orang
itu meminta Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani melompat dengannya ke dalam api
itu dan lihatlah siapa akan hidup setelah masuk kedalam api itu. Syeikh Abul
Hassan ‘Ali Al-Kharqani menjawab,“Menunjukkan keramat itu tidaklah baik.
Marilah kita tenggelamkan diri kita dalam lautan Wujud Fana dan timbul semula
dengan memakai pakaian Wujud Baqa.” Orang Sufi itu pun diam. Pada suatu saat,
sebelum mulai berjalan menunaikan Haji, beberapa orang telah berjumpa dengan
Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan bertanya kepadanya apa yang mereka akan
mereka lakukan sekiranya ada perampuk menyerang mereka. Syeikh Abul Hassan ‘Ali
Al-Kharqani menjawab, “Ingatlah aku pada waktu itu.”Dalam perjalanan itu, Kafilah
yang mereka sertakan itu diserang oleh perampok. Semua orang dalam Kafilah itu
dirompak oleh perampok kecuali seorang yang ingat pada Syeikh Abul Hassan ‘Ali
Al-KharqaniPada saat orang itu ingat kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
, nampak olehnya Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani berada dihadapannya. Orang
itu dan barang-barangnya tidak kelihatan oleh perampok itu. Maka dia pun
selamat. Setelahkembali, orang-orang bertanya kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali
Al-Kharqani kenapa mereka tidak diselamatkan pada hal mereka berdoa kepada
Allah? Sedangkan orang itu hanya meminta pertolongan kepada beliau. Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani berkata, “Kamu
semua hanya menyebut Allah di mulut saja, tetapi aku mengingatNya dengan
seluruh jiwa ragaku. Olehitu, jika kamu semua mengingatiku, aku akan mengingati
Allah bagi pihak kamu semua dengan seluruh hati dan jiwa, dan permintaan kamu
akan dikabulkan. Tetapi jika kamu semua hanya menyebut Allah di bibir saja
tanpa terhunjam sepenuhnya dalam hati, maka permohonan kamu tidak akan
mendatangkan hasil.” Seorang Murid Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani meminta
kebenaran beliau hendak pergi ke Iraq untuk belajar Hadits, karena tidak ada
guru yang pakar di tempat beliau itu. Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
berkata, “Aku akan ajarkan kepada kamu sebagaimana aku belajar langsung dari
Rasulullah.” Murid itu tidak percaya dengan perkataan beliau itu. Tetapi saat
dia tidur, dia melihat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
berkata bhawa apa yang dikatakan oleh Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani itu
adalah benar. Maka mulailah Murid itu belajar Hadits pada Syeikh Abul Hassan
‘Ali Al-Kharqani . Dalam pengajarannya, Ketika Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
berkata bahawa Hadits itu telah salah.Murid itu bertanya kenapa Hadits yang
demikian itu salah? Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani menjawab,“Nabi sentiasa
bersama aku pada saat aku mengajar engkau. Apabila satu Hadits salah
dinyatakan, mukanya berubah tanda tidak setuju. Dari situlah aku tahu sama ada
apakah satu Hadits itu betul atau tidak.” Suatu ketika Syeikh Abul Hassan ‘Ali
Al-Kharqani hadir dan mengambil bahagian dalam upacara Sama’ iaitu tarian muzik
Keruhanian di rumah seorang hamba Allah. Dalam Sama’ itu beliau telah sampai
kepada keadaan dzauq mabuk Allah dan memukul tanah dengan kakinya tiga kali.
Dinding rumah itu bergoyang dan orang lain merasai seolah-olah dinding itu
telah menari bersamanya serta juga tanah di situ. Setelahbeliau sadar semula,
beliau ditanya kenapa beliau berbuat demikian? Syeikh Abul Hassan ‘Ali
Al-Kharqani menjawab,“Sama’ ialah bagi mereka yang dalam keadaan itu telah
dibawa ke tingkat Ruhaniah yang tinggi di mana semua hijab tersingkap dan
mereka dapat melihat Alam Malaikat.” Satu
hari, seorang telah datang kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan
meminta kepada beliau hendak memakai pakaiannya agar dia dapat menjadi seperti
Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani juga. Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
bertanya,“Bolehkah perempuan yang memakai baju lelaki menjadi lelaki atau orang
lelaki memakai baju perempuanmenjadi perempuan?” Orang itu berkata tidak boleh,
lalu Syeikh abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani pun berkata, “Jika itu tidak mungkin,
bagaimana kamu memakai pakaianku boleh menjadi diriku?” Seorang ‘Alim telah
bertanya kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan meminta beliau memberi
ahan kepadanya. Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani berkata,“Serulah manusia ke
Jalan Allah dan janganlah panggil mereka kepada diri kamu sendiri. Jika
seorang‘Alim itu dengki kepada seorang ‘Alim yang lain yang menjalankan tugas
sepertinya juga iaitu mengajak manusia ke Jalan Allah, maka itu berarti dia
bukan mengajak manusiake Jalan Allah tetapi adalah kepada dirinya sendiri.
Jikatidak, apakah sebabnya dia dengki?”Pada suatu ketika, Syeikh Abu Sina
Rahmatullah‘alaih datang melawat Syeikh Abul Hassan ‘AliAl-Kharqani . Bila
sampai ke rumahSyeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani, beliau memanggil tuan rumah
itu.Datanglah isteri Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al- Kharqani . Isteri Syeikh
AbulHassan ‘Ali Al-Kharqani mengatakan Syeikh Abu Sina itu sebagai seorangkafir
dan meminta beliau jangan memanggil Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani karena
dia telah pergi mencari kayu api ke dalam hutan. Syeikh Abu Sina pergi mencari
Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan dilihatnya seekor singa membawa kayu
api Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani itu. Syeikh Abu Sina menundukkan
kepadalanya tanda hormat kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani . Dalam
perbincangan mereka Syeikh Abu Sina bertanya kenapa isteri Syeikh Abul Hassan
‘Ali Al-Kharqani mengatakanya kafir? Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al- Kharqani
menjawab bahawa jikalau beliau tidak sabar terhadap isterinya itu, tentulah
beliau tidak dapat menguasai singa itu. Pada malam itu mereka pun bicara
tentang hal-hal Keruhanian dan Kesufian. Keesokan harinya tatkala Syeikh
AbulHassan ‘Ali Al-Kharqani memperbaikidinding rumahnya, sekeping besi yang
dipegangnya itu terjatuh. Sebelum beliau tunduk mengambil keeping besi yang
terjatuh itu, besi itu melayang sendirinya pergi ketangan Syeikh Abul Hassan
‘Ali Al-KharqaniDengan itu kepercayaan Syeikh Abu Sina tentang ketinggian
Ruhaniah Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani bertambah teguh dan semua
prasangkanya tentang ketinggian Ruhaniah Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
itu pun hilang dan lenyap.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar